[Oscc-discuss] Re: Fw: [Oscc-announce] Mendapatkan Maklumbalas Mengenai Penggunaan OpenOffice di Agensi-Agensi Sektor Awam di Malaysia

mariyah at mara.gov.my mariyah at mara.gov.my
Wed Jul 9 08:42:40 MYT 2008


Tuan/Puan,

Terlebih dahulu saya mewakili pihak BPT ingin memohon maaf di atas 
kelewatan membalas email  pihak puan.

Untuk Makluman pihak tuan pihak kami dalam perancangan untuk menggunakan 
perisian OO, untuk langkah yang pertama, pihak kami telah memilih KPM 
Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor sebagai perintis OO. kesemua komputer 
yang disupply di institusi tersebut dilengkapi dengan perisian OO. 
Infrastruktur tersebut dijangka selesai dilaksanakan pada julai atau Ogos 
2008. 

Penggunaan OO melibatkan Kakitangan Pentadbiran, Pensyarah dan Makmal 
Komputer. sebanyak 324 Komputer (termasuk komputer untuk makmal 
pembelajaran, kakitangan Pentadbiran dan Notebook untuk Pensyarah ) akan 
diinstall dengan perisian OO.

Bagi KPM(KPM melaka, KPM Beranang, KPM Indera Mahkota dan KPM seri 
Iskandar) dan KM (KM Seremban, KM Banting, KM Kulim dan KM Kuala Nerang) 
yang lain dijangka pada penghujung 2008 atau 2009. Ini adalah berdasarkan 
kepada kelulusan MECD dan MAMPU bagi perolehan tambahan dan penggantian 
Infrastruktur ICT di ke empat- empat KPM dan KM.

Pada masa yang saya BPT juga ada merancang untuk menggunakan OO bagi 
menggantikan Ms Office dan saya sendiri telah menggunakan perisian 
tersebut dalam tugas -tugas harian.

Diharap maklumbalas ini dapat membantu pihak tuan dalam melengkapkan data 
penggunaan OO di kalangan Agensi Awam dan sekiranya ada sebarang 
kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan saya melalui email atau 
telefon (03-2691 5111 ext 1714).

Sekian






Azmi B Mohamad 
Timbalan Pengarah I
06/04/2008 09:46 AM

To
Mariyah Bt Manaf/BPT/MARA at MARA
cc

Subject
Fw: [Oscc-announce] Mendapatkan Maklumbalas Mengenai Penggunaan OpenOffice 
di Agensi-Agensi Sektor Awam di Malaysia





Mungkin BPT boleh beri maklumbalas?
TQ

Azmi Bin Mohamad
----- Forwarded by Azmi B Mohamad/BPT/MARA on 06/04/2008 09:44 AM -----

CT Asiah 
Sent by: oscc-announce-bounces at lists.oscc.org.my

05/30/2008 02:35 AM
Please respond to
oscc-discuss at lists.oscc.org.my


To
oscc-discuss at lists.oscc.org.my, oscc-announce at lists.oscc.org.my
cc

Subject
[Oscc-announce] Mendapatkan Maklumbalas Mengenai Penggunaan     OpenOffice 
di Agensi-Agensi Sektor Awam di Malaysia






Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas Pihak OSCC, MAMPU berbesar hati ingin
meminta kerjasama daripada wakil agensi sektor awam untuk
memberi maklumbalas mengenai penggunaan OpenOffice (OO) di agensi anda
masing-masing.

Maklumbalas ini diperlukan selain bagi melengkapkan lagi data sedia ada 
pihak OSCC
mengenai penggunaan OO di agensi sektor awam di Malaysia malah dapat 
membantu 
menjayakan usaha pelaksanaan OO di semua agensi sektor awam.

Di antara maklumat yang diperlukan adalah:

1. Adakah agensi anda ada menggunakan OO?
2. Jika Ya, berapa ramaikah kakitangan yang menggunakannya?
3. Sejak bilakah pemasangan dan penggunaan?
4. Jika Tidak, adakah sebarang perancangan untuk menggunakannya? Target 
date?

Kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Siti Asiah Salihudin
Marketing Executive
Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU
Level 3, APT E302-304, Enterprise Building 3
Lot 12067, Persiaran APEC
63000 Cyberjaya
Selangor D.E.
Tel.:  03 - 8319 1200 (ext.: 127)
HP  :  012 - 367 1548
Fax :  03 - 8319 3206



--- 

Join OSCC MAMPU Mailing Lists
http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://oscc.org.my
 
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce



--- 

Join OSCC MAMPU Mailing Lists
http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss


-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: http://lists.oscc.org.my/pipermail/oscc-discuss/attachments/20080709/65a537c5/attachment.htm


More information about the Oscc-discuss mailing list